Isu kewangan antara faktor pengaruhi aksi Penang FC dalam saingan liga

Isu kewangan antara faktor pengaruhi aksi Penang FC dalam saingan liga

DANIEL Gooi Zi Sen (tiga dari kiri) menyerahkan cek cura sumbangan kerajaan negeri kepada Presiden FAP, Mohd Azizudin Mohd Sharif (empat dari kiri) dalam satu majlis di George Town, Pulau Pinang hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN : Kekangan khususnya dari segi kewangan dikenal pasti sebagai antara faktor yang menyumbang kepada aksi kurang konsisten Penang FC dalam saingan Liga Super musim ini.

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Kesihatan Pulau Pinang, Daniel Gooi Zi Sen berkata, kekangan itu juga dianggap sebagai antara cabaran besar yang perlu digalas oleh pihak pengurusan dalam usaha untuk meningkatkan semula prestasi pasukan ketika ini.

“Dalam era bola sepak moden, kekuatan kewangan memainkan peranan yang penting bagi membolehkan sesebuah pasukan itu mendapatkan khidmat pemain yang berkualiti serta membina skuad yang lebih kompetitif. Jadi, jika ada bajet yang lebih besar, sudah tentu lebih mudah bagi kita,” katanya dalam sidang akhbar, hari ini.

Daniel yang juga merupakan Pengerusi Lembaga Pengarah Penang FC berkata, ketika ini, perbezaan bajet antara kelab Liga Super tempatan dengan kelab bola sepak antarabangsa amat ketara kerana gaji seorang pemain di liga utama Eropah adakalanya boleh menyamai perbelanjaan keseluruhan dua buah kelab bola sepak tempatan.

Bagaimanapun, beliau menegaskan, Penang FC tetap berusaha untuk memanfaatkan segala peruntukan yang diterima dengan sebaik mungkin bagi meningkatkan prestasi pasukan dari semasa ke semasa.

Dalam pada itu, beliau menzahirkan keyakinan terhadap keupayaan skuad Harimau Kumbang itu untuk terus bersaing dalam kancah Liga Super musim ini sambil menyifatkan kemenangan 2-0 ke atas Terengganu FC (TFC) baru-baru ini sebagai bukti bahawa pasukan itu memiliki potensi walaupun berdepan dengan pasukan yang mempunyai pelaburan yang jauh lebih besar.

Pada masa yang sama, beliau berkata, Penang FC komited membuka peluang lebih luas kepada pemain tempatan, termasuk dengan mengekalkan bilangan pemain import yang rendah berbanding kelab lain.

“Penang FC adalah antara kelab yang mempunyai bilangan pemain import paling rendah dalam liga. Jadi, kita mahu memberi platform yang lebih luas kepada pemain tempatan (untuk menonjol) agar mereka lebih berpeluang untuk menyarung jersi kebangsaan selepas ini,” ujarnya.

Tambah beliau, kerajaan negeri juga komited untuk terus menyokong pembangunan bola sepak di peringkat akar umbi apabila menyalurkan sumbangan berjumlah RM100,000 kepada Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang (FAP) sejak September 2024, selain meluluskan pelupusan tunggakan sewaan stadium berjumlah RM127,168.50.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×