Kes Safiey Ilyas didakwa ditipu rujuk ke agensi

Kes Safiey Ilyas didakwa ditipu rujuk ke agensi

RUSDI MOHD. ISA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan tiada kertas siasatan dibuka berhubung laporan dibuat usahawan kosmetik, Mohd. Safiuddin Ilias yang mendakwa kerugian mencecah RM38 juta akibat ditipu beberapa individu yang dikatakan melakukan pecah amanah.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Rusdi Mohd. Isa berkata, kesemua laporan diklasifikasikan sebagai ‘Rujuk Agensi Lain’ (ROA).

“Setakat ini kami menerima sembilan laporan yang dibuat oleh penama berkenaan tetapi tiada kertas siasatan dan kes diklasifikasikan sebagai ROA,” katanya dalam satu kenyataan ringkas hari ini.

Minggu lalu, media melaporkan Mohd. Safiuddin atau lebih dikenali sebagai Safiey Ilias,31 mendakwa kerugian mencecah RM38 juta selepas diperdaya seorang penjual kenderaan mewah dan isterinya.

Safiey, mendakwa seorang lagi individu bergelar Datuk Seri yang memiliki enam syarikat dan panel insurans turut terbabit dalam penipuan itu.

Menurutnya, dia mengenali individu itu menerusi beberapa kenalan dan pernah membeli sebuah kereta terpakai daripada rakan lelaki itu pada 2017.

Usahawan itu mendakwa lelaki terbabit adalah dalang utama kegiatan penipuan berkenaan yang pada mulanya bertindak sebagai ejen mewakili diri dan bapanya untuk menjual kereta jenis Toyota Alphard, Mini Cooper, John Cooper Work dan Mercedes C200 serta menguruskan beberapa aset syarikat.

Menurutnya, lelaki terbabit mempunyai sejumlah kawalan terhadap harta dan dana yang diamanahkan kepadanya namun diseleweng bagi kepentingan diri sendiri dan diagihkan ke dalam beberapa akaun. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×