ADUN Kijal didenda RM2,000 kerana menghasut

ADUN Kijal didenda RM2,000 kerana menghasut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal, Datuk Razali Idris dijatuhi hukuman denda sebanyak RM2,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas didapati bersalah atas tuduhan membuat kenyataan menghasut, tiga tahun lalu.

Hakim Norma Ismail menjatuhkan hukuman tersebut selepas mendapati tertuduh gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

Mahkamah turut memerintahkan Razali menjalani hukuman penjara selama tiga bulan sekiranya gagal membayar denda tersebut.

Memuatkan artikel berkaitan…

Mengikut pertuduhan, Razali yang juga bekas Ketua Penerangan Bersatu idakwa atas pertuduhan kenyataan berbaur hasutan ketika Pilihan Raya Kecil (PRK) di Padang Astaka Chukai, Kemaman, Terengganu, pada 10 November 2023.

Beliau didakwa mempersoalkan perbezaan layanan yang diterima oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Peguam, Awang Armadajaya Awang Mahmud memohon agar mahkamah hanya mengenakan hukuman denda terhadap Razali memandangkan video yang memaparkan kenyataan berunsur hasutan itu telah dipadam tidak lama selepas dimuat naik ke media sosial.

“Kenyataan tersebut tidak mendatangkan sebarang kesan buruk kepada orang awam atau mana-mana pihak yang mendengarnya. Razali juga boleh hilang kelayakan sebagai ADUN sekiranya mahkamah mengenakan denda melebihi RM2,000 atau hukuman penjara melebihi setahun,” katanya.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Izzat Amir Idham memohon mahkamah menjatuhkan hukuman penjara terhadap Razali dengan menyatakan hukuman denda sahaja adalah tidak mencukupi. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini