Diskaun saman: Polis Selangor kutip hampir RM20 juta

Diskaun saman: Polis Selangor kutip hampir RM20 juta

Saman
POLIS Selangor mencatatkan kutipan saman hampir RM20 juta sempena program pengurangan 70 peratus kompaun saman yang berakhir semalam. - Gambar hiasan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Polis Selangor merekodkan kutipan bayaran sama keseluruhan berjumlah RM19,511,350 susulan pelaksanaan pengurangan kompaun saman sebanyak 70 peratus bermula 1 November lalu dan berakhir semalam.

Kutipan tersebut melibatkan penyelesaian 258,345 keping saman iaitu 125,759 (RM11,491,650) bagi saman yang dikenakan terus (POL. 257) dan 132,586 keping (RM8,019,700) bagi saman tanpa kehadiran pemandu (POL. 170A).

Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, berdasarkan kawasan, Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan mencatatkan kutipan tertinggi iaitu RM2.7 juta diikuti IPD Petaling Jaya (RM2.1 juta) dan IPD Kajang (RM1.7 juta).

“Polis Selangor merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada orang ramai atas komitmen yang diberikan dalam menjelaskan tunggakan saman itu.

“Inisiatif itu bukan sahaja membantu meringankan beban rakyat, malah bertindak sebagai pemangkin kepada tahap kesedaran dan pematuhan undang-undang jalan raya yang lebih tinggi demi kesejahteraan semua pengguna,” katanya kepada pemberita, hari ini.

Beliau berkata, polis Selangor turut melihat satu trend positif apabila penggunaan teknologi digital semakin diterima rakyat.

“Walaupun pembayaran secara tunai masih tinggi dengan kutipan RM10,059,470, kaedah pembayaran secara elektronik menunjukkan angka yang sangat signifikan iaitu sebanyak RM9,451,880.00.

“Perimbangan itu membuktikan masyarakat lebih cenderung kepada urusan yang pantas dan berkesan selaras transformasi digital negara,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×