Lans koperal maut kereta terbabas rempuh pembahagi jalan

Lans koperal maut kereta terbabas rempuh pembahagi jalan

terkini
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Seorang anggota polis berpangkat lans koperal maut selepas kereta dipandunya terbabas sebelum melanggar pembahagi jalan di lampu isyarat Megat Dewa, Jalan Jitra – Kodiang di Kubang Pasu, semalam.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintenden Mohd. Radzi Abdul Rahim berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 5.30 petang itu, mangsa, Ahmad Ilyes Abu, 54, yang memandu Proton Persona meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah.

“Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku ketika mangsa dalam perjalanan dari rumah ke tempat kerja di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kangar sebelum kenderaannya terbabas dan melanggar pembahagi jalan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut beliau, keadaan jalan ketika kejadian adalah lurus, kering dan cuaca baik, selain pencahayaan yang jelas kerana kejadian berlaku pada waktu siang.

Katanya, mayat dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah untuk bedah siasat bagi mengenal pasti punca sebenar kematian dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×