Polis berjaya berkas suspek kes letupan di Nilai

Polis berjaya berkas suspek kes letupan di Nilai

ALZFANY Ahmad menunjukkan gambar Yeoh Hock Sun yang dipercayai terlibat dalam kejadian letupan di Nilai pada 22 Disember lalu.UTUSAN/NOR SHAFIQAH MOHD. GHAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Seorang lelaki yang disifatkan sebagai penjenayah berbahaya dan terlibat dalam kejadian letupan bom di Nilai di sini pada 22 Disember lalu sudah ditahan.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad berkata, lelaki berusia 62 tahun itu ditangkap Batang Benar, Nilai di sini petang tadi hasil risikan dan maklumat awam.

“Hasil pemeriksaan mendapati suspek mengalami kesan kecederaan melecur di bahagian muka, badan, tangan dan kaki dipercayai akibat kejadian letupan berkenaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Suspek berada dalam keadaan lemah ketika ditahan dan telah dibawa ke hospital bagi mendapatkan rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Alzafny berkata, sebuah motosikal serta beberapa objek disyaki bahan letupan buatan sendiri (IED) turut dirampas di lokasi tangkapan.

Semalam, Alzafny memaklumkan suspek yang dikenali sebagai Yeoh Hock Sun yang berasal dari Kelantan itu dipercayai bertindak secara bersendirian dalam insiden tersebut.

Lelaki berkenaan diklasifikasikan sebagai individu berbahaya dan paling dikehendaki (highly wanted).

Susulan kejadian letupan di Pangsapuri Desa Palma, Nilai di sini itu, pihak polis turut menemukan puluhan alat letupan buatan sendiri (IED) di sebuah rumah kedai berhampiran lokasi kejadian. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini