Najib wajar diberikan pertimbangan adil

Najib wajar diberikan pertimbangan adil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Datuk Seri Najib Tun Razak wajar diberikan pertimbangan adil dan saksama, selaras prinsip keadilan serta kedaulatan undang-undang negara.

Presiden Kelab Sahabat Najib 87, Datuk Seri Abdul Rahman Bakar dalam kenyataan berkata, sokongan moral diberikan sebagai penghargaan terhadap jasa dan sumbangan beliau kepada pembangunan negara.

Menurutnya, beliau sentiasa menghormati sepenuhnya proses perundangan yang sedang berjalan dan percaya bahawa setiap individu berhak mendapatkan pembelaan yang sewajarnya mengikut lunas undang-undang negara.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kelab menghormati sepenuhnya proses perundangan yang sedang berjalan dan menekankan hak setiap individu mendapat pembelaan sewajarnya.

“Kelab mengambil maklum bahawa masih terdapat proses mahkamah yang akan datang, berharap Perdana Menteri ke-6 itu menerima pembelaan lebih baik pada peringkat kehakiman.

“Keadilan harus ditegakkan secara telus dan menyeluruh, selari kepentingan negara serta rakyat, tanpa sebarang prejudis demi mengekalkan prinsip undang-undang,” katanya.

Tambah Abdul Rahman, beliau sebagai Presiden menyeru semua penyokong mengadakan solat hajat dan berterusan mendoakan supaya beliau diberikan kekuatan, ketabahan, kesihatan baik, serta keadilan terbaik.

Katanya, sokongan moral rakyat dianggap penting sebagai tanda keprihatinan dan kemanusiaan, sambil mengekalkan semangat patriotik dan keyakinan terhadap pemimpin yang dihormati.

“Kelab Sahabat Najib 87 akan terus berdiri memberikan sokongan moral secara berhemah, penuh keinsafan, dan dengan keyakinan bahawa keadilan Ilahi akan sentiasa memimpin setiap urusan,” katanya.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan, Najib akan memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang mensabitkannya bersalah semalam dengan proses berkenaan dijangka dibuat Isnin ini.

Peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkata, pihaknya telah menjangkakan keputusan tersebut dan bersedia membawa kes berkenaan ke peringkat Mahkamah Rayuan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini