PN gesa kaji kuasa prerogatif pengampunan - Utusan Malaysia

PN gesa kaji kuasa prerogatif pengampunan

Ketua Menteri Sabah
HAMZAH ZAINUDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perikatan Nasional (PN) menggesa kerajaan mengkaji semula perkara dalam Perlembagaan Persekutuan yang berkaitan kuasa prerogatif pengampunan.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, ia bagi memastikan kuasa mutlak Yang di-Pertuan Agong, Raja-Raja Melayu dan struktur asas Perlembagaan kekal jelas serta terpelihara.

Katanya, PN berpandangan bahawa urusan pengampunan merupakan kuasa prerogatif tertinggi Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu yang wajib dihormati.

“PN tidak mahu institusi Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu dilihat sebagai ‘rubber stamp’ semata-mata.

“Kuasa baginda telah dinyatakan secara jelas dalam Laporan Suruhanjaya Reid dan diperkukuhkan oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes pengampunan Datuk Seri Anwar Ibrahim,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Hamzah, kuasa Seri paduka baginda telah dinyatakan secara jelas dalam Laporan Suruhanjaya Reid demi memelihara kuasa dan prestij Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu.

Ia sepertimana yang telah diterjemahkan oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes pengampunan Perdana Menter, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Ketua Hakim Negara dalam kes tersebut memutuskan bahawa kuasa pengampunan merupakan kuasa mutlak Yang di-Pertuan Agong yang bersifat non-justiciable, sekali gus meletakkannya di luar bidang kuasa semakan kehakiman,” jelasnya.

Dalam pada itu Hamzah berkata, kemelut Perlembagaan dan kekeliruan undang-undang yang berlaku ketika ini berpunca daripada kegagalan kerajaan menangani isu kewujudan Titah Adendum sejak awal. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×