Kanak-kanak lumpuh, keluarga RMHC dirai atas kapal mewah

Kanak-kanak lumpuh, keluarga RMHC dirai atas kapal mewah

Ahli keluarga dalam Program Lawatan Kapal Persiaran bersama Anak-Anak RMH Hospital Tunku Azizah di Port Klang Cruise Terminal (PKCT) semalam. – MINGGUAN/ISKANDAR ISHAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PELABUHAN KLANG: Kanak-kanak lumpuh seumur hidup, Wan Nuh Aidan Wan Khairu Akid antara 150 ahli keluarga daripada Ronald McDonald House Charities (RMHC) yang diraikan dalam program khas di atas kapal persiaran mewah Star Voyager, semalam.

Ibunya, Nur Adilah Abu Hassan, 30, berkata, sebagai ibu bapa kepada anak kurang upaya, dia berdepan cabaran membawa anak bersantai bersama keluarga terutama apabila memikirkan kemudahan yang perlu disediakan.

Katanya, peluang diberi RMHC bukan sahaja menggembirakan anaknya yang berumur 4 tahun, malah menjadi ruang ‘bernafas’ buat ibu bapa yang kebanyakannya sentiasa terikat dengan rutin rawatan dan penjagaan anak.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Anak saya kena TB meningitis (jangkitan pada selaput otak) masa umur dia 2 tahun. Kesan daripada itu, dia cerebral palsy dan lumpuh seumur hidup.

“Saya nampak dia lebih ceria hari ini (lawatan). Sebab ubat dia memang menyebabkan dia mengantuk, tetapi hari ini dia tidak tidur. Dia macam mencari sesuatu yang baru,” katanya ketika ditemui selepas lawatan itu, semalam.

Sempena program khas itu, seramai 35 keluarga melibatkan kira-kira 150 kanak-kanak dan ahli keluarga diberi peluang merasai pengalaman menaiki kapal persiaran mewah Star Voyager.

Pengalaman itu turut diserikan dengan pelbagai aktiviti santai dan mesra keluarga termasuk persembahan tarian dan silap mata, cabutan bertuah serta tour di sekitar kapal persiaran mewah setinggi 15 tingkat itu.

Dalam pada itu, Pengurus Besar RMHC, Mohd. Nasri Nordin berkata, program khas itu memberikan peluang menikmati suasana santai dan unik agar ‘bebas’ daripada rutin hospital dan rawatan yang penuh tekanan.

Katanya, kolaborasi bersama Star Cruises itu juga bukan sekadar hiburan semata, tetapi memberi fokus kepada kesejahteraan mental keluarga selain memberi ruang kanak-kanak berinteraksi dan merasa ‘normal’ seperti rakan sebaya.

“Jadi keluarga ini, kita pun nampak tekanan pada ibu bapa. Tetapi sesekali itu kita dapat bawa keluar, lebih-lebih lagi tempat yang macam ini, anak yang sakit pun lupa dia sakit.

“Salah satunya kita hendak menghilangkan stress dan kita dapat pula rakan kerjasama yang dapat memberikan pengalaman istimewa macam ini. Kita pun memang utamakan kesihatan mental,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×