Pemandu e-hailing kurang perjalanan 2,000 KM tidak kayak kuota tambahan BUDI95

Pemandu e-hailing kurang perjalanan 2,000 KM tidak layak kuota tambahan BUDI95

AMIR HAMZAH AZIZAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pemandu e-hailing yang mempunyai jarak perjalanan kurang 2,000 kilometer (KM) tidak layak untuk mendapat kuota tambahan Budi Madani RON95 (Budi95), hanya terima kelayakan asas sebanyak 300 liter.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, pemandu e-hailing yang mempunyai jarak perjalanan antara 2,000 KM hingga 5,000 KM pada bulan sebelumnya layak menerima tambahan BUDI95 sebanyak 300 liter.

Malah, kata beliau, sekiranya jarak perjalanan melebihi 5,000 KM, pemandu berkenaan layak menerima kuota tambahan sebanyak 500 liter.

“Pelaksanaan syarat kelayakan bagi pemandu perkhidmatan e-hailing telah diperkemas dan ditambah baik secara berfasa selaras dengan maklum balas kerajaan.

“Status kelayakan tidak ditentukan berdasarkan status separuh atau sepenuh masa tetapi berdasarkan corak penggunaan sebenar perkhidmatan e-hailing yang direkodkan dalam sistem syarikat pengendali e-hailing (EHO),” katanya di Dewan Negara, hari ini.

Tambah Amir Azizan sekitar 164,000 pemandu e-hailing diterima daripada EHO setakat Disember lalu dan lebih 160,000 atau 65 peratus pemandu layak menerima siling BUDI95 sekurang-kurangnya 600 liter sehingga 800 liter.

“Dalam hal ini, jarak perjalanan bulanan setiap pemandu e-hailing akan ditentukan berdasarkan penggabungan data perjalanan daripada semua EHO, dan pengesahan data tersebut dikendalikan oleh Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) serta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) di Sabah dan Sarawak.

“Hanya pemandu warganegara Malaysia yang mempunyai lesen memandu, lesen Lesen Vokasional Kenderaan Perkhidmatan Awam (PSV) dan permit kenderaan e-Hailing (EVP) yang sah akan dipertimbangkan,” jelasnya.

Beliau menjawab soalan dari Senator Dr. RA Lingeshwaran yang memintanya menyatakan kriteria digunakan APAD bagi mengesahkan status pemandu sepenuh masa dalam menantukan kelayakan kuota RON95.

Bagi mengelakkan ketirisan subsidi kepada pemandu yang tidak aktif atau tidak sah, Amir Hamzah berkata, EHO diwajibkan mengemukakan rekod perjalanan bulanan yang tepat, lengkap dan sahih pada awal setiap bulan kepada APAD dan LPKP.

Jelasnya, pemandu yang tidak mencatatkan aktiviti perjalanan minimum berdasarkan jumlah jarak perjalan yang ditetapkan pada bulan terdahulu secara automatik tidak akan menerima kelayakan tambahan.

“Tindakan penguatkuasaan boleh diambil ke atas pemandu atau EHO yang didapati mengemukakan maklumat palsu, meragukan atau bercanggah dengan rekod sistem,” katanya.

Beliau berkata, pendekatan berasaskan data perjalanan sebenar itu secara langsung menutup ruang ketirisan kepada pemandu tidak aktif, pemandu sambilan yang minima atau akaun yang disalahgunakan.

“Di samping memastikan subsidi hanya disalurkan kepada pemandu yang benar-benar bergantung kepada e-hailing sebagai sumber pendapatan utama.

“Kerajaan akan terus memantau pelaksanaan serta corak penggunaan perkhidmatan e-hailing dari semasa ke semasa dan menambah baik parameter kelayakan sekiranya perlu,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×