Sektor pembinaan berisiko tinggi berlaku rasuah

Sektor pembinaan berisiko tinggi berlaku rasuah

SPRM menerima kunjungan Persatuan Kontraktor-Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM) Negeri Pulau Pinang di pejabat SPRM Pulau Pinang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sektor pembinaan dikenal pasti sebagai antara sektor berisiko tinggi berlakunya amalan rasuah, salah guna kuasa dan ketirisan yang boleh menjejaskan tadbir urus serta pembangunan negara.

Sehubungan itu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang akan terus mempergiat usaha pencegahan rasuah, khususnya bagi memperkukuh nilai integriti, ketelusan dan tadbir urus yang baik dalam industri pembinaan di negeri ini.

Pengarah SPRM Pulau Pinang, Datuk Karunanithy Y. Subbiah berkata, kerjasama strategik dengan pemain industri pembinaan amat penting bagi membendung amalan rasuah, salah guna kuasa dan ketirisan yang boleh menjejaskan tadbir urus serta pembangunan negara.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sektor pembinaan dikenal pasti sebagai antara sektor berisiko tinggi.

“Justeru, pendekatan pencegahan melalui pendidikan, kesedaran dan perkongsian maklumat perlu diperkasakan secara berterusan dengan pembabitan semua pihak berkepentingan, termasuk persatuan kontraktor,” katanya ketika menerima kunjungan Persatuan Kontraktor-Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM) Negeri Pulau Pinang di pejabat SPRM Pulau Pinang, hari ini.

Menurutnya, kunjungan itu membuka ruang kepada SPRM untuk berkongsi peranan serta inisiatif pencegahan rasuah, selain merancang pelaksanaan program kesedaran antirasuah, latihan integriti dan perkongsian amalan terbaik dalam kalangan kontraktor pada tahun depan.

Sementara itu, Yang Dipertua PKMM Muhammad Ridzuan Rahim berkata, kunjungan ke SPRM Pulau Pinang bertujuan menjalin kerjasama strategik antara kedua-dua pihak, selain mendapatkan maklumat berkaitan peranan serta inisiatif SPRM dalam usaha pencegahan rasuah, khususnya membabitkan sektor pembinaan dan kontraktor.

Beliau berharap kerjasama yang dirancang dapat memperkukuh nilai integriti, ketelusan serta tadbir urus yang baik dalam industri pembinaan.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini