Ramanan janji laksana tugas penuh dedikasi

Ramanan janji laksana tugas penuh dedikasi

Nurul Izzah
R. RAMANAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Datuk Seri R. Ramanan yang bertukar portfolio kementerian menyifatkan pelantikannya sebagai menteri satu tanggungjawab besar yang perlu digalas.

Beliau sebelum ini merupakan Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi diumumkan sebagai Menteri Sumber Manusia yang baharu menggantikan Steven Sim Chee Keong.

Ahli Parlimen Sungai Buloh itu berkata, beliau akan melaksanakan tugas dan tanggungjawab penuh dedikasi demi menjamin harapan rakyat seiring gagasan Malaysia Madani.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya akan mengadakan perjumpaan bersama ke­pimpinan tertinggi KESUMA dalam tempoh terdekat, selepas proses menghadap dan mengangkat sumpah,” katanya.

Sementara itu, Datuk Dr. Zaliha Mustafa merakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri atas kepercayaan melantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), sambil menegaskan keputusan kepimpinan dibuat berlandaskan kepentingan negara bagi memastikan kerajaan kekal stabil, dan fokus pada agenda reformasi.

Beliau mengucapkan tahniah kepada Hannah Yeoh atas pelantikan sebagai menteri baharu dan terus menyokong penuh agenda kerajaan demi negara dan rakyat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini