Terengganu kembali dilanda banjir, 91 mangsa berpindah ke PPS 

Terengganu kembali dilanda banjir, 91 mangsa berpindah ke PPS 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Cuaca buruk dengan hujan kadangkala lebat mengakibatkan 91 orang daripada 31 keluarga di Hulu Terengganu terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan banjir (PPS) selepas rumah mereka dinaiki air.

Infobencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) memaklumkan, sehingga pukul 8.15 malam ini, semua mangsa dipindahkan ke Masjid Kampung Peneh (58 orang) dan PPS Balairaya Kampung Lubuk Periuk.

Terdahulu, Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan dijangka melanda beberapa negeri hingga Khamis ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ketua Pengarah METMalaysia, Dr. Mohd. Hisham Mohd. Anip dalam satu kenyataan, hari ini memaklumkan, hujan lebat berterusan tahap buruk diramalkan membadai seluruh Kelantan dan Terengganu.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui laman web rasmi METMalaysia, aplikasi mobil myCuaca, laman media sosial rasmi METMalaysia dan talian METMalaysia (1-300-22-1638). – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×