Warga emas maut dilanggar tiga kereta

Warga emas maut dilanggar tiga kereta

LOKASI kejadian seorang warga emas yang maut selepas dilanggar tiga buah kereta di Kilometer 29 Lebuhraya Seremban-Port Dickson (SPDH), Port Dickson pagi tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON: Seorang warga emas maut selepas motosikal ditungganginya dilanggar tiga buah kereta dalam nahas di Kilometer 29 Lebuhraya Seremban-Port Dickson (SPDH), di sini pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superitenden Maslan Udin berkata, ketika kejadian pada pukul 6.15 pagi itu, mangsa, V. Vasandakumaran, 67, yang juga seorang pengawal keselamatan menunggang motosikal dari arah Seremban menuju ke Port Dickson.

“Siasatan awal mendapati sebuah kereta dipandu lelaki berusia 23 tahun telah melanggar mangsa dari arah belakang sehingga menyebabkan warga emas itu terjatuh di atas jalan.

“Ketika mangsa terbaring di atas permukaan jalan, dua lagi kenderaan dari arah sama yang dipandu wanita berusia 32 tahun dan lelaki berusia 36 tahun tidak sempat mengelak lalu melanggar mangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Maslan berkata, susulan kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.-UTUSAN.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×