Menyelami keunikan warisan Portugis

Menyelami keunikan warisan Portugis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

APABILA bercakap mengenai Melaka, ramai membayangkan bangunan bersejarah seperti Kota A Famosa dan Stadthuys di samping beberapa tempat menarik lain di negeri berkenaan.

Namun, ramai terlepas pandang pada sebuah hotel terletak di tengah-tengah penempatan Portugis di Ujong Pasir yang mempunyai tarikan tersendiri sehingga mampu memukau mereka yang bergelar pelancong seni bina.

Menjejakkan kaki di The Lisbon Melaka ini, pandangan tertumpu pada gaya ala kolonial Eropah dengan padanan konsep moden.

Kewujudan hotel butik mewah di penghujung jalan menghadap laut ini sekali gus menyerlahkan estetika warisan dan menghidupkan persekitaran kawasan perkampungan warisan Portugis di sekitarnya.

Ditambah pula dengan meriam yang terletak di sudut belakang, pasti membuatkan sesiapa seolah-olah berada dalam sebuah markas tentera.

Apatah lagi dengan kedudukannya di tengah perkampungan warisan Portugis menjadikan pengunjung yang datang ke sini dapat menikmati pengalaman unik sepanjang menginap di hotel ini.

Dengan 72 bilik keseluruhan, bermula daripada kategori premier ocean hinggalah ke suite lisbon majestic, hotel ini sememangnya menepati cita rasa mereka yang mengutamakan privasi.

Di samping itu, hiasan dalamannya menampilkan elemen klasik dengan lantai lamina kayu selain susunan perabot gaya Eropah.

Bagi yang mahukan ketenangan dalam konsep kolonial, terdapat kawasan courtyard (ruang lapang) dan kolam renang disediakan.

Tidak seperti hotel lain, The Lisbon Melaka memberikan tambahan masa kepada pengunjung untuk menggunakan kemudahan kolam renang sehingga pukul 10 malam

Tarikan pelancongan
The Lisbon Melaka terletak berhampiran dengan banyak tarikan pelancongan.

Ia hanya beberapa Langkah untuk ke Portuguese Square iaitu pusat budaya dam komuniti di Kampung Warisan Portugis.

Destinasi lain ialah Jonker Street (Jonker Walk), St. Paul’s Hill & Church, muzium dan menyelusuri Sungai Melaka yang hanya mengambil masa beberapa minit dengan menaiki kenderaan.

Bukan itu sahaja, pengunjung yang mahu ke pasar malam, kedai antik, kafe, restoran makanan tempatan dan makanan laut di kawasan bandar lama semuanya melibatkan jarak memandu dalam tempoh singkat.

Di sini juga pengunjung turut berpeluang mengenali budaya masyarakat Portugis menerusi sambutan Festival San Pedro.

Istimewanya, suasana di kawasan Perkampungan Portugis ini turut diterangi cahaya lampu dan pelbagai hiasan beberapa hari menjelang Hari Krismas.

Lebih menarik, ramai penduduk di kawasan ini yang fasih berbahasa Portugis dan masih bertutur dalam bahasa tersebut.

 

Gabungan citarasa Melaka, Portugis

Selain tarikan dan keunikan bangunan era kolonial, hotel ini turut menampilkan cita rasa asli Melayu dan Portugis.

Antara yang wajib dicuba semestinya ikan bakar.

Selain itu, jangan lepaskan peluang menikmati kari debal yang merupakan hidangan tradisi masyarakat Portugis di sini.

Menjelang perayaan Krismas nanti, The Lisbon Melaka turut menawarkan pakej menarik bagi pengunjung yang mahu menikmati hidangan di sini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×