Trauma mangsa buli

Trauma mangsa buli

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SOALAN

Hidup ini tidak adil, pembuli boleh hidup bahagia tanpa rasa bersalah, sedangkan mangsa masih bergelut dengan trauma yang ditinggalkan?

-Yang tersakiti

 

JAWAPAN
Hidup dengan trauma sangat menyakitkan.

Apatah lagi bila melihat orang yang menjadi punca trauma hidup bahagia.

Hakikat ini memang perit untuk ditelan, namun perjalanan hidup perlu diteruskan.

Penting untuk menjaga diri dan perlahan-lahan bangkit tanpa perlu terikat dengan luka lama.

Berikut beberapa tip yang boleh membantu anda mengharungi trauma ini:

a)Akui emosi – Terima segala perasaan marah, sedih atau kecewa yang dialami. Jangan berasa bersalah atau memaksa diri untuk kelihatan okay jika hati masih terluka. Mengakui emosi adalah langkah penting untuk proses penyembuhan diri.

b)Ubah cara melihat diri – Betulkan pemikiran negatif yang terbentuk akibat trauma dan gantikan dengan pemahaman baharu yang penuh kasih sayang. Terima seadanya, hargai usaha dan jangan terus menyalahkan diri atas apa yang berlaku.

c)Hadkan pencetus trauma – Kurangkan interaksi atau situasi yang mengingatkan anda kepada pengalaman pahit seketika. Beri ruang untuk bernafas dengan tenang dan fokus kepada pemulihan diri. Bina semula kekuatan emosi agar lebih bersedia menghadapi cabaran hidup.

d)Sayangi diri – Fokus pada kesihatan fizikal dan mental. Tidur cukup, makan seimbang dan luangkan masa untuk aktiviti menenangkan. Tubuh sihat membantu emosi lebih tenang, memudahkan proses pemulihan dan memberi tenaga untuk terus bangkit.

e)Dapatkan sokongan dan fokus pemulihan – Jika trauma mengganggu kehidupan harian, dapatkan bantuan kaunselor atau pakar psikologi. Perlahan-lahan, fokus pada pemulihan diri, bina semula keyakinan dan teruskan hidup mengikut cara sendiri.

f)Lepaskan beban – Lepaskan kemarahan agar hati lebih tenang dan bebas. Dengan cara ini, anda memberi ruang untuk diri berkembang, membina keyakinan dan menikmati hidup dengan lebih bermakna.

Walaupun hidup terasa tidak adil, fokus pada pemulihan diri. Lepaskan kemarahan, berdamailah dengan masa lalu dan berikan ruang untuk hati sembuh serta kembali tenang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×