Abang maut dipercayai dibunuh adik kandung

Abang maut dipercayai dibunuh adik kandung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pergaduhan antara adik-beradik berakhir tragedi apabila seorang lelaki maut dipercayai dibunuh oleh adik kandungnya.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir dalam kenyataan berkata, pihak Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak telah menerima laporan daripada seorang wanita tempatan berusia 36 tahun yang memaklumkan suaminya bergaduh dengan adik lelakinya pada tengah hari Selasa lalu.

Menurut beliau, mangsa yang diserang di kediamannya mengalami kecederaan serius dan dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kejadian dilaporkan berlaku di Selayang Baru, Batu Caves, Selasa lepas.

“Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia pada pukul 5.32 petang hari yang sama akibat kecederaan serius,” katanya.

Tambah Noor Ariffin, lima lelaki tempatan berusia antara 22 hingga 43 tahun telah ditahan dan direman selama lima hari bermula 3 Disember hingga 7 Disember bagi membantu siasatan, manakala 13 lagi suspek masih dikesan.

“Kes ini disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Kanan Jenayah IPD Gombak, Asisten Superintendan (ASP) Mazlan Ali di talian 013-2734070 atau Bilik Gerakan IPD Gombak di talian 03-61262222,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini