KPM lantik 10,214 warden sekolah asrama

KPM lantik 10,214 warden sekolah asrama

WONG KAH WOH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Seramai 10,214 orang warden asrama telah dilantik di seluruh negara oleh Kementerian Pendidikan (KPM) bertujuan bagi memastikan tahap keselamatan dan kebajikan murid di sekolah berasrama.

Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh berkata, daripada jumlah setakat 30 September itu, seramai 9,428 yang dilantik terdiri daripada guru dan 786 bukan daripada guru.

Katanya, pelantikan dibuat berdasarkan keperluan semasa di sekolah dan asrama masing-masing.

“Kementerian juga telah melakukan beberapa penambahbaikan pada tahun 2022, termasuk peningkatan elaun warden serta beberapa insentif tambahan khusus untuk guru yang memikul tugas tersebut.

“Antara keistimewaan yang diberikan kepada guru yang dilantik sebagai warden ialah penglibatan minimum dalam aktiviti kokurikulum, pengecualian daripada tugas guru kelas serta pengecualian mengajar pada waktu pertama,” katanya dalam sesi jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Mohammed Taufiq Johari (PH- Sungai Petani) berhubung mekanisme Kementerian Pendidikan dalam memastikan warden mengikut garis panduan keselamatan sekolah dan elaun warden di sekolah berisiko tinggi.

Dalam pada itu , Kah Woh berkata, pada tahun 2022, Kementerian Pendidikan turut melaksanakan penambahbaikan dengan menaikkan elaun warden daripada RM240 kepada RM300.

Beliau juga berkata, sebanyak 600 pembantu warden akan dilantik dan ditempatkan di sekolah berasrama tahun depan bagi membantu melancarkan operasi dan pengurusan asrama di sekolah-sekolah terlibat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×