Penarikan subsidi gula di luar bidang kuasa KKM - Dzulekfly

Penarikan subsidi gula di luar bidang kuasa KKM – Dzulekfly

DZULKEFLY AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) akan terus memberikan pencerahan dan menggalakkan subsidi gula dinilai semula bagi memastikan kesejahteraan serta kesihatan rakyat.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, penarikan subsidi gula di luar bidang kuasanya.

“Saya sendiri selaku Menteri Kesihatan telah mengambil pelbagai pendekatan, antaranya yang saya sebut tadi, bagaimana kita akan memulakan nutri-grade dan dalam hal yang dibangkitkan oleh Muar, ada hal-halnya diluar sedikit punca kuasa.

“Tetapi apa pun sebagai pendekatan seluruh kerajaan (WoG), kita akan terus memberikan pencerahan dan menggalakkan supaya akhirnya subsidi ke atas gula akan dilihat semula. Saya sentiasa menekankan perkara ini, saya tidak berkompromi,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (Muda-Muar) yang bertanya sama ada beliau bersetuju supaya Kementerian Kewangan mengalihkan subsidi gula untuk memperkasakan sistem kesihatan awam. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×