KUALA LUMPUR :Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM500 juta pada tahun depan khusus untuk kerja-kerja baik pulih termasuk pembaikan jalan, jambatan dan infrastruktur asas yang rosak akibat banjir.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, peruntukan itu adalah sebahagian daripada komitmen kerajaan memastikan rakyat yang terjejas menerima bantuan segera dan memastikan infrastruktur kritikal dapat beroperasi semula.
Katanya, arahan telah dikeluarkan kepada semua agensi berkaitan untuk menilai tahap kerosakan.
“Kerajaan akan terus memantau keadaan, terutamanya dalam melihat banjir yang lebih teruk dialami tahun ini ketimbang tahun lalu.Arahan telah dikeluarkan untuk menilai kerosakan dan melaksanakan kerja pembaikan dengan segera,” katanya dalam ucapan pembentangan Rang Undang Perbekalan (2026) di Dewan Negara, hari ini. – UTUSAN










