19 rumah Kampung Jawa diroboh beri laluan Projek WCE

19 rumah Kampung Jawa diroboh beri laluan Projek WCE

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Kerja perobohan 19 unit kediaman dekat Kampung Jawa di sini, hari ini dimulakan bagi pembinaan Lebuhraya Persisiran Pantai Barat (WCE).

Proses tersebut membolehkan kerja yang pembinaan atas tapak jajaran sepanjang 150 meter pada seksyen 3 lebuh raya berkenaan selepas tergendala hampir dua tahun berikutan wujud pertikaian oleh penduduk di kawasan terlibat.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati kerja-kerja perobohan tersebut bermula kira-kira pukul 8 pagi dengan kehadiran pasukan polis dari Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan bagi kawalan keselamatan.

Selain itu, agensi lain turut hadir seperti Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK), Penguatkuasa Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) Klang, Tenaga Nasional Berhad (TNB), Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. dan agensi-agensi berkaitan lain. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×