PayNet perkenal ‘standee’ DuitNow QR baharu

PayNet perkenal ‘standee’ DuitNow QR baharu

PAYNET perkenal ‘standee’ DuitNow QR baharu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet) memperbaharui reka bentuk ‘standee’ DuitNow QR (kod respons pantas) bagi meningkatkan kebolehlihatan dan keseragaman piawaian QR kebangsaan. 

Kemas kini ini hanya melibatkan aspek visual tanpa sebarang perubahan pada fungsi, keselamatan atau kebolehoperasian DuitNow QR. 

Ketua Pegawai Pemasaran PayNet, Gary Yeoh berkata, dengan pembayaran digital semakin menjadi kebiasaan bagi rakyat Malaysia, kepercayaan dan kejelasan terhadap apa yang diimbas oleh rakyat semakin penting.

“Penampilan ‘standee’ DuitNow QR yang baharu memberikan keseragaman dan kebolehlaksanaan yang lebih baik di seluruh negara, memastikan pengguna sentiasa tahu bahawa mereka membayar melalui piawaian pembayaran QR rasmi dan selamat Malaysia.

“Selain itu, ia memudahkan peniaga memaparkan dan menerima pembayaran dengan hanya satu kod QR,” katanya dalam kenyataan.

DuitNow QR kekal sebagai piawaian QR kebangsaan, menyokong bank-bank dan e-dompet yang mengambil bahagian melalui satu kod QR. 

PayNet berkata, pelaksanaan ‘standee’ baharu telah bermula pada Oktober 2025, bersama RHB Bank Berhad, Bank Islam Malaysia Berhad, MBSB Bank dan Agrobank yang merupakan antara bank-bank terawal memperkenalkannya kepada peniaga mereka. 

“Pelaksanaan ini dilakukan secara berperingkat bagi memastikan peralihan yang lancar merentasi seluruh ekosistem. 

“Ia akan disusuli oleh CIMB Bank Berhad, Public Bank Berhad, Hong Leong Bank Berhad, AmBank (M) Berhad, Bank Simpanan Nasional dan Bank Muamalat Malaysia Berhad dan seterusnya diikuti bank-bank lain. 

“Peniaga digalakkan untuk menggunakan ‘standee’ yang ditambah baik ini sebaik sahaja ia disediakan oleh pemeroleh masing-masing,” ujarnya.

Reka bentuk semula ini menyokong usaha PayNet memperkukuh ekosistem pembayaran tanpa tunai negara. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×