Polis lengkapkan kertas siasatan pergaduhan pelajar

Polis lengkapkan kertas siasatan pergaduhan pelajar

HANYAN RAMLAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI PETANI: Polis melengkapkan siasatan berhubung insiden pergaduhan di sebuah sekolah di daerah ini dan kini menunggu arahan lanjut daripada Jabatan Peguam Negara.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan berkata, seorang pelajar lelaki berusia 16 tahun yang sebelum ini direman telah dibebaskan dengan jaminan polis.

Menurutnya, kertas siasatan telah diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya Negeri Kedah dan menunggu keputusan seterusnya.

Dalam kejadian pukul 9 pagi 24 November lalu, seorang pelajar lelaki berusia 16 tahun mengalami kecederaan lebam pada badan ditemui pengsan di dalam tandas sekolah itu oleh seorang guru.

Mangsa dihantar mendapatkan rawatan di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) sebelum membuat laporan polis mendakwa dia dibelasah oleh empat rakan di asrama mereka tengah malam, hari sama.

Polis kemudian menahan tiga pelajar lelaki berusia 16 tahun dan seorang pelajar lelaki berusia 17 tahun untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan dengan sengaja dan Seksyen 507 kanun sama kerana ugutan jenayah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×