KOTA KINABALU: Calon kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Aru, Datuk Chan Foong Hin bersama isteri, Datin Koh Chen Yean hadir untuk membuang undi di Sekolah Kebangsaan (SK) Bahang di sini pada pukul 8.47 pagi tadi.
Foong Chin berkata, beliau akan menunggu keputusan pilihan raya dengan tenang pada malam ini.
Foong Hin, yang juga Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi, berdepan saingan sembilan penjuru dalam usaha meraih sokongan 21,264 pemilih berdaftar di DUN berkenaan.
Sementara itu, calon DAP bagi DUN Luyang, Chan Loong Wei, juga selesai mengundi di SK Luyang kira-kira 9.40 pagi.
Loong Wei, yang juga Ketua Belia Sosialis DAP (DAPSY) Sabah, bertemu empat pencabar untuk memenangi kerusi terbabit yang mempunyai 35,262 pengundi berdaftar. – UTUSAN










