‘Banjir kali ini lain, air cepat naik’

‘Banjir kali ini lain, air cepat naik’

AMIT Mat Nong meredah banjir menyelamatkan kambing ternakannya selepas kawasan sekitar rumahnya dinaiki air di Kampung Rawai , Marang, Terengganu. – UTUSAN/PUQTRA HAIRRY
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MARANG: Penduduk ­terjejas banjir di sekitar Kampung Rawai, di sini menyifatkan banjir kali ini ‘lain’ kerana berlaku lebih cepat berbanding biasa dengan kebanyakan rumah dinaiki air dalam tempoh singkat selepas hujan lebat berterusan kurang empat jam, kelmarin.

Seorang penduduk, Amit Mat Nong, 40, berkata, tahun-tahun sebelum ini situasi banjir mula serius semasa di perte­ngahan musim tengkujuh tetapi kali ini air naik di awal Monsun Timur Laut (MTL).

Katanya, hujan lebat berte­rusan bermula pukul 1 pagi kelmarin menyebabkan air banjir masuk dengan cepat ke dalam rumahnya.

“Sekitar pukul 1 pagi saya memantau situasi ekoran hujan lebat sebelum masuk tidur kerana air belum naik ketika itu. Namun kira-kira pukul 4 pagi, adik mengejutkan saya meminta mengalihkan ken­deraan.

“Ketika itu, air sudah ma­suk hingga paras lutut di rumah ibu kami yang terletak berse­belahan. Selesai mengalihkan kenderaan, air banjir pula masuk ke rumah saya dengan cepat,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini.

Menurut Amit, dia segera mengejutkan ahli keluarganya supaya mengalihkan barang ke tempat tinggi sebelum berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Simpang Rawai.

“Situasi banjir kali ini lain kerana tahun lepas air naik tidak secepat dan setinggi ini. Saya harap air cepat surut dan ada jalan penyelesaian supaya keadaan ini tidak berulang,” katanya.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×