Lapan rakyat Malaysia terkandas banjir Hat Yai - Utusan Malaysia

Lapan rakyat Malaysia terkandas banjir Hat Yai

BEBERAPA jalan masuk ke pusat bandar Hat Yai, Thailand ditutup akibat ditenggelami air sejak tengah malam tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SONGKHLA, THAILAND: Seramai lapan rakyat Malaysia yang sedang bercuti di Hat Yai ketika ini terkandas di beberapa buah hotel selepas pusat pelancongan itu ditenggelami banjir, sejak semalam.

Konsul General Malaysia di Songkhla, Ahmad Fahmi Ahmad Sarkawi berkata, maklumat diterima selepas individu terlibat menghubungi pejabat konsulat untuk meminta bantuan.

Katanya, beliau meminta semua yang terjejas untuk terus tinggal di hotel buat sementara waktu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kami juga telah menghubungi pihak berkuasa tempatan supaya memberi apa juga bantuan yang perlu kepada rakyat Malaysia yang terkandas. Teruskan menghubungi kami untuk memaklumkan perkembangan terkini

“Jumlah sebenar mereka yang terkandas belum diketahui. Pegawai bertugas konsulat masih menerima beberapa panggilan daripada rakyat Malaysia,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Ahmad Fahmi berkata, jumlah rakyat Malaysia yang masuk ke Thailand melalui semua pintu sempadan darat sejak Jumaat lalu agak rendah berbanding sebelum ini.

Katanya, pengurangan jumlah susulan pelancong Malaysia sudah memantau keadaan cuaca sebelum memulakan perjalanan ke Negara Gajah Putih itu.

“Biasanya mulai pertengahan November hingga akhir Disember Selatan Thai akan alami hujan lebat dan banjir. Sebab itu kurang rakyat Malaysia yang masuk ke Thailand sekarang.

“Maklumat yang diterima daripada Majlis Perbandaran Hat Yai, beberapa jalan di pusat bandar telah ditutup akibat ditenggelami banjir sejak semalam,” ujarnya.

Ahmad Fahmi berkata, rakyat Malaysia dinasihatkan supaya menangguhkan sementara perjalanan ke Selatan Thailand bermula hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN