Mainan pasir tercemar paksa sekolah ditutup 

Mainan pasir tercemar paksa sekolah ditutup 

PRODUK mainan pasir berwarna dikesan mengandungi asbestos yang boleh membahayakan kanak-kanak.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SYDNEY: Lebih 70 sekolah di Australia dan New Zealand ditutup selepas gentian asbestos berbahaya ditemukan di dalam beberapa bekas mainan pasir kanak-kanak.

Menurut jabatan pendidikan, keputusan tersebut dibuat selepas ujian makmal mendapati pasir berwarna-warni yang digunakan secara meluas untuk aktiviti seni atau deria di kebanyakan sekolah serta tadika didapati mengandungi asbestos jenis tremolit dan chrysotile.

“Selaras dengan kewajiban peraturan kami dan demi keselamatan pelajar, kakitangan serta komuniti, kami memutuskan untuk menutup beberapa sekolah yang menggunakan produk ini bagi membolehkan penilaian, pembersihan dan kerja pembaikan dijalankan,” kata pegawai.

Memuatkan artikel berkaitan…

Asbestos ialah mineral gentian semula jadi yang pernah digunakan secara meluas dalam pembinaan kerana sifatnya yang tahan haba.

Namun, kajian menunjukkan hubungan jelas antara kanser paru-paru dan pendedahan jangka panjang terhadap jenis asbestos berkenaan.

Suruhanjaya Persaingan dan Pengguna Australia (ACCC) turut mengeluarkan notis memanggil balik produk pasir berwarna yang didapati mengandungi kesan asbestos dari pasaran.

Pengawal selia keselamatan produk Australia berkata, risikonya adalah rendah kerana ujian setakat ini tidak mengesan gentian yang boleh disedut.

“Pelepasan gentian asbestos yang boleh disedut tidak mungkin berlaku dalam keadaan semasa, kecuali pasir itu diproses secara mekanikal seperti dihancurkan atau digiling.

“Kemungkinan asbestos yang ditemui menjadi udara atau cukup halus untuk disedut masih rendah namun ia masih berpotensi menimbulkan risiko,” katanya.-AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×