Bantah projek WTE: ‘Siapa yang cakap kami dibayar?’

Bantah WTE Batu Arang: ‘Siapa yang cakap kami dibayar?’

WTE Batu Arang
ABDUL Hanan Abd. Mukti berucap pada perhimpunan aman bantahan terhadap pembinaan insenarator WTE Batu Arang, di hadapan bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, di Shah Alam, Selangor, hari ini. - UTUSAN / SADDAM YUSOFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Jaringan Rawang Tolak Insenarator (JRTI) yang membantah pembinaan loji sisa kepada tenaga (WTE) di Batu Arang, Rawang menafikan mereka dibayar oleh pihak tertentu bagi menggagalkan pembinaan projek tersebut.

Sebaliknya, bantahan tersebut dibuat atas kesedaran terhadap kepentingan lebih 1 juta penduduk yang tinggal di kawasan mempunyai sekurang-kurangnya 100,000 rumah dalam radius lima kilometer dari tapak projek WTE di sana.

Jurucakapnya, Abdul Hanan Abd. Mukti berkata, lebih 12,000 penduduk yang menyatakan bantahan dengan jelas mengambil inisiatif sendiri tanpa paksaan atau sokongan daripada mana-mana pihak untuk membantah projek itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurutnya, malah terdapat perumahan terletak hanya 300 meter dari pusat tapak projek berkenaan.

“Siapa yang cakap (dibayar) itu, sila jumpa saya. Tunjukkan bukti yang kami menerima bayaran. Kalaupun kami terima bayaran, siapa yang hendak bayar kami, bayaran daripada siapa?

“Ini semua inisiatif rakyat sendiri. Yang datang ke perhimpunan aman ini pun dengan duit sendiri. Mereka kumpul duit sewa bas dan datang ke bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK),” katanya ketika ditemui, hari ini.

Terdahulu, beliau bersama kira-kira 250 penduduk dari 30 kejiranan di Batu Arang  dan Bandar Tasik Puteri berhimpun secara aman bagi menyatakan bantahan terhadap projek WTE yang dinamakan sebagai Sultan Idris Shah Green Energy Plant (SISGEP).

Jelas Abdul Hanan, bantahan terhadap projek tersebut bermula sejak 2023 apabila penduduk bimbang berlaku pencemaran yang berisiko menjejaskan kehidupan mereka.

“Walaupun sistem yang digunakan dikatakan menggunakan teknologi terkini untuk menapis udara, tetapi toksik tetap akan keluar.

”Insiden terbaru berlaku di Belanda, Belgium dan Perancis apabila kediaman dalam lingkungan 5 km berdepan masalah kerosakan makanan telur, sayuran dan sebagainya tak boleh dimakan sebab mengandungi racun dioksin yang terserap.

“Bila hidu pula, kita terus mendapat risiko 400 kali ganda lebih tinggi untuk mendapati kanser, masalah kesihatan serta kecacatan kelahiran,” ujarnya.

April lalu, Utusan Malaysia melaporkan pembinaan loji insinerator pelupusan sampah WTE yang dicadang untuk dibina di Batu Arang tidak akan mencetuskan kebakaran besar seperti didakwa pihak tertentu.

Sebaliknya, pembinaan di kawasan yang dikatakan bekas tapak lombong arang batu di kawasan berkenaan dan mudah terbakar adalah bersifat spekulatif apabila tiada penilaian geoteknikal yang menunjukkan kewujudan lapisan arang batu aktif. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini