Mesyuarat pertama isu tuntutan 40% Sabah Isnin ini

Mesyuarat pertama isu tuntutan 40% Sabah Isnin ini

ARMIZAN MOHD. ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Mesyuarat pertama berkaitan isu hak tuntutan 40 peratus hasil bersih diperoleh dari Sabah akan diadakan Isnin ini di Menara Kinabalu, Sabah.

Menteri Perdagangan Da­lam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, rundingan itu akan dimulakan di peringkat pegawai kerajaan dengan diketuai oleh Ketua Setia­usaha Perbendaharaan (KSP), Datuk Johan Mahmood Merican bagi pihak kerajaan Persekutuan manakala Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Seri Safar Untong mewakili kerajaan negeri.

“Perbincangan ini menunjukkan keseriusan kerajaan Persekutuan untuk kita melaksanakan keputusan Mah­kamah Tinggi tersebut,” katanya dalam sidang akhbar mingguan pasca mesyua­rat Kabinet di sini semalam.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pada 17 Oktober lalu, Mah­kamah Tinggi Kota Kinabalu memutuskan Kerajaan Per­sekutuan mempunyai ke­­wajipan mengadakan semakan dan membayar semula Hak Tuntutan 40 peratus hasil bersih yang diperoleh dari Sabah.

Perkara itu mengikut Per­kara 112C dan 112D Perlembagaan Persekutuan.

Penghakiman berkenaan dibuat ketika mahkamah membenarkan permohonan Semakan Kehakiman yang difailkan oleh Sabah Law Society (SLS).

Terdahulu, Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil memaklumkan Kabinet semalam bersetuju melantik Armizan sebagai wakil Sabah bagi Jawatankuasa Teknikal Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (JKMTPMA63) menggantikan Men­teri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick.

Ditanya mengenai status Ewon, jurucakap kerajaan Perpaduan itu berkata, Pre­siden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) itu sedang bercuti.

Ewon umum peletakan jawatannya sebagai anggota Kabinet Persekutuan pada Isnin lalu atas dasar prinsip dan pendirian berkaitan pelaksanaan hak 40 peratus hasil Sabah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN