Libatkan pekebun, peladang dalam aktiviti nilai tambah

Libatkan pekebun, peladang dalam aktiviti nilai tambah

Laporan UTUSAN MALAYSIA 14 Nov. 2025
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pekebun dan peladang di negara ini perlu dilibatkan dalam aktiviti nilai tambah bagi membantu mereka mencipta peluang dan keuntu­ngan sekali gus menggalakkan penanaman semula pokok sawit.

Penyelidik di Institut Pertanian Tropika dan Keselamatan Makanan (ITAFoS) Universiti Putra Malaysia (UPM), Profesor Datin Dr. Fatimah Mohamed Arshad berkata, kegagalan penanaman semula pokok sawit berpunca dari kurangnya peminat dari pekebun dan peladang.

Menurut beliau, pekebun dan peladang merasakan harga pulangan dengan menanam sawit tidak terlalu menguntungkan bagi mereka.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Tempoh yang lama untuk tuai hasil juga menjadi punca mengapa pekebun dan peladang ini tidak membuat penanaman semula pokok sawit, mereka memerlukan pulangan. Sekiranya harga jatuh, lagi mereka tidak mahu membuat penanaman semula.

“Oleh itu, selain daripada memberi pekebun dan peladang subsidi untuk penanaman semula, kita juga perlu libatkan mereka dalam aktiviti nilai tambah supaya merek mendapat lebih banyak pendapatan,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Semalam, akhbar ini me­laporkan Malaysia berisiko kehilangan hampir RM7 bilion hasil eksport sekiranya penanaman semula pokok sawit berusia lebih 25 tahun gagal dilaksanakan.

Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, risiko itu dijangka berlaku sekiranya 520,000 hektar ladang sawit matang tidak diganti dengan tanaman baharu sekali gus menjejaskan pengeluaran dan daya saing industri sawit negara dalam jangka panjang.

Mengulas lanjut, Fatmah berkata, kerajaan boleh melibatkan pekebun dan peladang di kilang-kilang bersaiz sederhana yang dilengkapi dengan peralatan serta teknologi untuk meningkatkan kemahiran dan kecekapan.

“Kita harus galakkan kilang sederhana yang pintar untuk melibatkan pekebun kecil supaya mereka boleh menceburi bidang nilai tambah.

“Selain daripada memastikan mereka memperoleh pulangan yang mencukupi, usaha ini juga membantu untuk meningkatkan minat pekebun kecil,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN