UPTM perkukuh jalin kerjasama dengan universiti di Mexico

UPTM perkukuh jalin kerjasama dengan universiti di Mexico

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Universiti Poly-Tech Malaysia (UPTM) mengadakan jalinan kerjasama bersama tiga buah universiti utama di Mexico bersempena 50 tahun hubungan diplomasi Malaysia dan Mexico tahun ini.

UPTM dalam kenyataan berkata, lawatan rasmi universiti itu ke Mexico diketuai Naib Canselor, Prof. Madya Dr. Sharifah Syahirah Sy Sheikh dengan lima delegasi UPTM dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Katanya, lawatan itu diadakan seiring dengan penganjuran The International Seminar 2025: “Transforming Society – Balancing Sustainability and Growth for Development” oleh Universidad de Ixtlahuaca CUI (CUI Ixtlahuaca) dengan kerjasama UPTM.

“Dalam rangka lawatan ini, UPTM turut mengadakan pertemuan rasmi dengan tiga universiti terkemuka Mexico, iaitu Universidad Nacional Autónoma de México (UNAM), El Colegio de México (COLMEX) dan Universidad de Ixtlahuaca (CUI) bagi meneroka kerjasama akademik dan penyelidikan dua hal,” katanya hari ini

UNAM merupakan universiti terbesar dan tertua (diasaskan pada tahun 1951 dan dibuka semula pada tahun 1910) di Mexico yang mempunyai 370,000 pelajar dan 60,000 kakitangan yang juga merupakan UNESCO World Heritage site.

Ketiga-tiga institusi itu telah bersetuju untuk mengadakan kerjasama terutamanya dalam program akademik, mobiliti pelajar, seminar webinar, dan penyelidikan.

Lawatan itu merupakan sebahagian daripada inisiatif strategik UPTM , yang menekankan pembangunan jaringan antarabangsa, penyelidikan berimpak tinggi dan peningkatan reputasi universiti di peringkat global.

Dengan inisiatif ini, UPTM terus memantapkan kedudukannya sebagai universiti swasta Malaysia yang berdaya saing dan berpengaruh di arena antarabangsa. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×