BBC mohon maaf kepada Trump, tolak saman fitnah - Utusan Malaysia

BBC mohon maaf kepada Trump, tolak saman fitnah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Perbadanan Penyiaran British (BBC) semalam memohon maaf kepada Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump berhubung satu dokumentari yang didakwa pasukan guaman beliau sebagai palsu dan berunsur fitnah.

Permohonan maaf itu merupakan antara usaha bagi meredakan kontroversi yang disifatkan sebagai antara krisis terburuk dialami penyiar awam itu sejak beberapa tahun lalu.

Menurut laporan BBC News, jurucakap BBC memaklumkan peguam badan penyiaran tersebut sudah mengutuskan surat maklum balas kepada pasukan guaman Trump susulan surat tuntutan yang diterima pada Ahad.

Jurucakap itu berkata, Pengerusi BBC, Samir Shah, turut mengambil langkah menghantar surat peribadi kepada Rumah Putih bagi menjelaskan kepada Trump mengenai pihak korporat memohon maaf berhubung suntingan melibatkan ucapan Presiden AS pada 6 Januari 2021 yang dimuatkan dalam dokumentari terbabit.

BBC dalam pada itu menegaskan dokumentari berkenaan tidak akan disiarkan semula di mana-mana platformnya, selain menolak dakwaan kandungannya berunsur fitnah.

“Walaupun BBC amat kesal dengan cara klip video itu disunting, kami tidak bersetuju terdapat asas untuk tuntutan fitnah,” kata jurucakap tersebut seperti dipetik laporan BBC News.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×