Ketua Unit Integriti perlu telus, perkasa tatakelola

Ketua Unit Integriti perlu telus, perkasa tatakelola

AZMI KAMARUZAMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Semua Ketua Unit Integriti (KUI) perlu terus memperkukuh pelaksanaan fungsi teras Unit Integriti (UI) di agensi masing-masing dengan lebih efisien, berintegriti demi memperkasakan tatakelola organisasi yang telus dan berakauntabiliti.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM, Datuk Azmi Kamaruzaman berkata, KUI sama ada daripada pegawai SPRM atau pegawai agensi sendiri boleh bekerjasama antara satu sama lain untuk berkongsi pengalaman dalam mengendalikan UI dengan lebih efektif.

“Semua UI perlu mematuhi ketetapan sebagaimana dinyatakan di dalam Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia (PPSM), Ceraian S.P.1.2.1, yang menetapkan bahawa KUI hendaklah mengemukakan laporan berkaitan pelaksanaan pengurusan integriti kepada Ketua Setiausaha Kementerian/ Ketua Jabatan dan Bahagian Pengurusan Integriti Agensi (BPIA) SPRM pada setiap penggal iaitu Mei, September dan Januari.

“KUI perlu mengambil perhatian serius terhadap kewajipan pelaporan ini bagi memastikan pelaksanaan fungsi dan aktiviti UI yang dikemukakan kepada BPIA dan seterusnya kepada Pengurusan Tertinggi SPRM atau mana-mana platform adalah tepat dan dapat menunjukkan keberkesanan pelaksanaan pengurusan integriti di agensi masing-masing”, katanya ketika mempengerusikan Mesyuarat KUI Agensi Awam Siri 8 Bilangan 1 Tahun 2025 di Bilik Mesyuarat Utama, Ibu Pejabat SPRM, di sini hari ini.

Dalam mesyuarat itu, Azmi turut mengalu-alukan kehadiran KUI Badan Berkanun kerana sebelum ini, terdapat Badan Berkanun melaksanakan fungsi UI dan Governans sebagaimana di Syarikat Berkepentingan Kerajaan (SBK).

Badan Berkanun Persekutuan (BBP)/ Badan Berkanun Negeri (BBN) ditakrifkan sebagai Agensi Awam dan seharusnya menubuhkan UI sepertimana Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia Versi 1.0 (2022) Ceraian SP.1.2.1. 

“Namun disebabkan struktur BBP dan BBN yang berbeza dengan struktur agensi awam di mana BBP dan BBN mempunyai Lembaga Pengarah sebagai entiti tertinggi dalam organisasi.

“Maka pelaporan UI hendaklah melaporkan kepada Lembaga Pengarah atau Jawatankuasa Bebas atau mana-mana Jawatankuasa yang seumpamanya yang diturunkan kuasa oleh Lembaga Pengarah bagi memastikan UI berfungsi dengan bebas,” jelasnya. 

Katanya, KUI BBP dan BBN perlu memastikan laporan pelaksanaan fungsi UI dikemukakan kepada Ketua Jabatan dan BPIA, SPRM mengikut kekerapan yang ditetapkan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×