Berlian biru milik dermawan terkenal dilelong AS$25 juta

Berlian biru milik dermawan terkenal dilelong AS$25 juta

KAKITANGAN mempamerkan berlian Mellon Blue seberat 9.51 karat di rumah lelongan Christie’s di Geneva.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GENEVA: Berlian biru terang seberat 9.51 karat yang pernah dimiliki dermawan terkenal Rachel ‘Bunny’ Mellon berjaya dijual pada harga AS$25 juta (RM103 juta) dalam satu lelongan anjuran Christie’s kelmarin.

Berlian berbentuk pir tanpa cela dalaman itu, dikenali sebagai ‘Mellon Blue’, dipasang pada hujung cincin berpusar dan dinamakan sempena pemilik asal yang pernah menjadikannya loket.

Menurut Christie’s, batu permata itu pernah dijual pada harga AS$32.6 juta (RM134 juta) pada 2014, tahun Mellon meninggal dunia pada usia 103 tahun.

Ketika itu, ia mencatatkan harga tertinggi bagi berlian berwarna yang dilelong.

Bagaimanapun, rekod dunia bagi berlian biru masih dipegang oleh ‘Oppenheimer Blue’, yang dijual melebihi AS$57 juta (RM234.9 juta) di Geneva pada 2016.

Rachel, seorang pakar hortikultur yang berdedikasi dan belajar sendiri, berasal daripada latar belakang kaya dan berkahwin dengan keluarga perbankan Mellon.

Antara legasinya termasuklah reka bentuk semula Taman Mawar Rumah Putih semasa pentadbiran John F. Kennedy yang diubah suai semula oleh Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump pada 2025.

Beliau juga merupakan rakan karib mendiang Wanita Pertama AS, Jacqueline Kennedy.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×