Israel musnahkan 1,500 bangunan Gaza sejak gencatan senjata

Israel musnahkan 1,500 bangunan Gaza sejak gencatan senjata

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GAZA: Israel memusnahkan lebih 1,500 bangunan di kawasan Gaza yang berada di bawah kawalannya sejak gencatan senjata dengan Hamas bermula pada 10 Oktober lalu.

Imej satelit yang disemak oleh BBC Verify menunjukkan seluruh kejiranan yang dikawal Pasukan Pertahanan Israel (IDF) diratakan dalam tempoh kurang sebulan, dipercayai melalui proses perobohan.

Menurut BBC, jumlah sebenar bangunan yang musnah mungkin lebih tinggi kerana imej satelit bagi beberapa kawasan tidak tersedia untuk penilaian.

Beberapa pakar percaya perobohan itu mungkin melanggar syarat gencatan senjata yang diusahakan Amerika Syarikat (AS), Mesir, Qatar dan Turkiye.

Bagaimanapun, jurucakap IDF menegaskan tindakan tersebut dijalankan selaras dengan rangka gencatan senjata.

Rancangan keamanan 20 perkara Presiden Donald Trump untuk Gaza menyatakan semua operasi ketenteraan, termasuk pengeboman udara dan artileri akan digantung.

Trump kemudian berulang kali menegaskan perang kini berakhir.

Namun, analisis visual BBC Verify terhadap imej satelit mendapati pemusnahan bangunan di Gaza oleh tentera Israel masih berterusan dalam skala besar. 

BBC menggunakan algoritma pengesanan perubahan untuk menganalisis imej radar yang diambil sebelum dan selepas gencatan senjata bagi menonjolkan perubahan yang mungkin menunjukkan kerosakan, kemudian mengira secara manual bangunan yang jelas musnah.

Analisis itu memfokuskan pada bangunan yang musnah di belakang Garisan Kuning, sempadan yang merentasi utara, selatan dan timur Gaza.

Banyak bangunan yang diratakan itu dilihat tidak mengalami sebarang kerosakan sebelum dimusnahkan, contohnya di kawasan timur Khan Younis, berhampiran Abasan al-Kabira.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×