PARLIMEN: RM1 bilion aset 1MDB dikembalikan kepada kerajaan

PARLIMEN: RM1 bilion aset 1MDB dikembalikan kepada kerajaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kerajaan memperoleh semula aset 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dianggarkan melebihi RM1 bilion menerusi proses pemulihan yang giat dijalankan khususnya di luar negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pihaknya akan terus memfokuskan kepada usaha memulihkan aset 1MDB termasuk melalui kerjasama dengan pihak antarabangsa.

“1MDB ini pada peringkat akhir, masih ada kemasukan (pemulangan semula dana) baru-baru ini. Saya tak dapat teka berapa jumlahnya tetapi ia mencecah RM1 bilion tambahan daripada jumlah dulu.

“Prosesnya masih diteruskan di Switzerland, London dan ada jawatankuasa yang dipertanggungjawabkan,” katanya ketika Sesi Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT) di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Dr. Zulkafperi Hanapi (Bebas-Tanjong Karang) berhubung jumlah semasa dana 1MDB yang telah dikembalikan dan dimasukkan ke dalam akaun pemulihan aset negara.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, selain menumpukan kepada kes 1MDB, kerajaan turut memberi perhatian terhadap pelbagai sindiket dan aktiviti penyeludupan lain.

Katanya, ia merangkumi pelbagai jenayah antaranya berkaitan komunikasi, e-kewangan, e-dagang, pinjaman dan pelaburan tidak wujud serta penipuan percintaan atau ‘love scam’. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×