Polis KL, sekolah perkukuh kerjasama bendung budaya buli

Polis KL, sekolah perkukuh kerjasama bendung budaya buli

MOHD Azani Omar pada Program Ramah Mesra bersama Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur di ASiS, semalam. Gambar: Ihsan PDRM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Polis Kuala Lumpur memperkukuh usaha membanteras budaya buli di sekolah melalui pendekatan pendidikan dan kerjasama strategik bersama institusi pendidikan bagi mewujudkan persekitaran pembelajaran yang selamat dan harmoni.

Usaha itu diperkuat melalui Program Ramah Mesra Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur di Sekolah Menengah Sains Alam Shah (ASiS) di sini, semalam.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohd Azani Omar berkata, peranan Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) sebagai penghubung antara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan institusi pendidikan bagi membimbing pelajar yang berisiko terjebak dalam gejala sosial.

“Penekanan terhadap kepentingan disiplin diri, jati diri dan nilai hormat-menghormati adalah asas kejayaan masa depan,” katanya berucap pada Program Ramah Mesra bersama Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur di ASiS, semalam.

Katanya, program itu bertujuan meningkatkan kesedaran dalam kalangan murid dan guru mengenai bahaya serta implikasi jenayah buli, di samping mewujudkan persekitaran sekolah yang lebih selamat dan kondusif untuk proses pembelajaran.

Majlis dimulakan dengan solat Isyak berjemaah dan doa selamat sebelum beliau menyerahkan gelang tangan ‘Glow in The Dark – Stop Bullying Wristband (gelang tangan Anti Buli)’ kepada wakil pelajar sebagai simbolik komitmen PDRM terhadap kempen anti buli.

Turut hadir, Pengarah Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Megat Affandi Datuk Ismail, warga pendidik Wilayah Persekutuan dan tenaga pengajar ASiS. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×