Enam individu sesak nafas dalam kebakaran kilang kain

Enam individu sesak nafas dalam kebakaran kilang kain

terkini
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Enam individu mengalami sesak nafas akibat terhidu asap kebakaran melibatkan empat buah kilang kain di Kampung Desa Aman, Sungai Buloh dekat sini hari ini.

Panggilan kecemasan diterima Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor kira-kira pukul 10 pagi berhubung kejadian itu.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, sepasukan jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Buloh bersama BBP Bandar Damansara, BBP Bukit Jelutong dan BBP Selayang telah dikerahkan ke lokasi kejadian.

Katanya, kebakaran melibatkan empat buah kilang penyimpanan kain berkeluasan 200 kali 100 kaki persegi, selain bangunan kelas C yang terbakar 90 peratus.

“Kebakaran melibatkan empat lot gudang penyimpanan kain berkeluasan 75 kali 25 kaki persegi pada setiap lot.

“Tiga daripadanya telah terbakar 90 peratus dan sebuah lot terbakar 10 peratus,” katanya hari ini.

Proses pemadaman masih giat dilakukan ketika ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×