Takut memikirkan masa hadapan

Takut memikirkan masa hadapan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SOALAN

Setiap hari saya rasa sangat risau dan ketakutan terutamanya apabila memikirkan masa hadapan. Wajarkah perasaan ini? Adakah orang lain mengalami rasa yang sama seperti saya?
Yang takut

JAWAPAN

Perasaan takut dan risau terhadap kehidupan adalah normal, terutama dalam menghadapi dunia yang penuh ketidakpastian. Namun, apabila rasa itu datang terlalu kerap sehingga membuatkan anda hilang semangat, itu petanda sedang memikul beban emosi yang berat. Ketakutan bukanlah kelemahan, tetapi isyarat anda mencari ketenangan dan kekuatan semula.

Berikut beberapa tips yang boleh membantu menguruskan rasa takut dengan lebih baik:

Kenali punca ketakutan – Luangkan masa untuk menulis tentang perkara yang membuatkan anda takut. Kadang-kadang, kita hanya tahu kita takut, tapi tidak tahu punca sebenar. Bila anda mula memahami puncanya, barulah dapat mencari jalan untuk mengatasinya.

Belajar nikmati hidup – Fokus dengan kehidupan hari ini, bukan semalam atau esok yang belum tiba. Hidup di masa kini akan membantu anda lebih tenang dan menghargai sekeliling.

Sentiasa lakukan latihan pernafasan, solat dengan penuh khusyuk dan berzikir untuk membantu anda menenangkan diri.

Kurangkan pemikiran negatif – Apabila fikiran mula membayangkan sesuatu yang buruk, cuba tukarkan bayangan dengan doa atau kata-kata semangat. Contoh, ‘saya kuat, saya yakin Allah bagi yang terbaik untuk saya’. Ucapan positif mampu menukar arah emosi daripada cemas kepada tenang.

Cari sokongan – Anda tidak perlu menanggung ketakutkan seorang diri. Dapatkan sokongan daripada individu dipercayai seperti rakan, ahli keluarga atau kaunselor . Kadang-kadang, hanya dengan meluahkan rasa, hati mula terasa ringan. Ingat, berkongsi bukan tanda lemah, tetapi langkah berani untuk menjaga diri sendiri.

Jaga kesihatan diri – Tubuh yang sihat membantu minda lebih stabil. Tidur yang cukup, pemakanan seimbang dan aktiviti fizikal ringan seperti berjalan kaki dapat membantu mengurangkan keresahan.

Isikan masa kosong – Isi masa dengan aktiviti yang memberi manfaat kepada diri seperti membaca, menulis jurnal atau menyertai aktiviti komuniti. Apabila masa dipenuhi dengan perkara positif, minda akan kurang memberi ruang kepada rasa takut dan risau. Secara perlahan, hati akan belajar untuk tenang.

Kesimpulannya, setiap orang mempunyai ketakutan tersendiri. Jangan benci atau lawan perasaan itu, sebaliknya fahami dan peluk ia dengan kasih sayang. Daripada situ, kita belajar mengenali diri dan membina kekuatan baharu.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×