Gaduh rebut teman wanita, empat lelaki didenda

Gaduh rebut teman wanita, empat lelaki didenda

Rebut teman wanita
MOHD. Safwan Saleh dan M. Partiben menemui anak guam mereka selepas membayar denda yang dikenakan oleh Mahkamah Majistret atas pertuduhan bergaduh, di Shah Alam, Selangor, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Akibat berebut teman wanita, empat lelaki termasuk warga emas didenda RM800 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan bergaduh, pada minggu lalu.

Tertuduh, Yap Sin Huat, Chee Kim Cing, Gan Yang Ging dan See Yi Boon dikenakan hukuman demikian apabila mengaku salah selepas mendengar pertuduhan yang dibacakan ke atas mereka.

Malah, Majistret Muhammad Syafiq Sulaiman turut memberi peringatan kepada mereka supaya tidak mengulangi perbuatan sedemikian.

“Ini kesalahan pertama setiap tertuduh. Jangan ulang lagi. Hukuman pertama tidak diberikan penjara. Jadi, denda RM800 setiap seorang atau penjara dua bulan kalau gagal bayar,” katanya.

Terdahulu, Sin Huat, 69; Chee Kim Cing, 44 serta Yang Ging dan Yi Boon, 22, didakwa secara bersama melakukan gaduh gempar di tempat awam dan telah mengganggu ketenteraman awam di tepi jalan Bandar Setia Alam kira-kira pukul 3.30 petang, 23 Oktober lalu.

Justeru, mereka dituduh di bawah Seksyen 160 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga enam bulan atau denda maksimum RM1,000 jika sabit kesalahan.

Peguam M. Partiben dan Mohd. Safwan Saleh serta Peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) James Chan memaklumkan bahawa kesemua tertuduh telah insaf dan menyesal serta tidak akan mengulangi perbuatan itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×