14 titik panas gempa bumi di Malaysia

PARLIMEN: 14 titik panas gempa bumi di Malaysia

JOHARI Abdul Ghani
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Sebanyak 14 titik panas atau hotspot dikenal pasti sebagai lokasi berisiko berlakunya gempa bumi di negara ini.

Menteri Perladangan dan Komoditi (KPK) , Datuk Seri Johari Abdul Ghani yang menjalankan tugas sebagai Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam berkata, kawasan berkenaan merangkumi Ranau dan Lahad Datu (Sabah), Niah (Sarawak), Bukit Tinggi dan Janda Baik (Pahang) serta Batang Kali dan Ulu Yam (Selangor).

Katanya, turut terlibat ialah Kuala Pilah (Negeri Sembilan), Kenyir (Terengganu), Manjung dan Temenggor (Perak) serta Mersing, Segamat dan Batu Pahat (Johor).

Memuatkan artikel berkaitan…

“Hotspot ini dikenal pasti hasil kajian yang dijalankan bagi memastikan pembangunan di kawasan berisiko mengambil kira aspek keselamatan, reka bentuk dan mitigasi kejuruteraan yang sesuai,” katanya ketika menjawab soalan tambahan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (MUDA-Muar) di Dewan Rakyat hari ini.

Johari berkata,  Malaysia mempunyai Malaysia National Annex to Eurocode 8: Part 1-General Rules, Seismic Actions and Rules for Buildings yang diterbitkan Jabatan Standard bagi memastikan setiap pembangunan mematuhi standard gempa bumi yang ditetapkan.

“Mereka yang mahu membuat pembangunan di kawasan panas perlu merujuk kepada standard ini. 

“Bagi kawasan yang tidak termasuk dalam senarai jajaran gempa bumi, ia tidak wajib. Data ini juga akan digunakan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) ketika meluluskan projek pembangunan,” katanya. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini