Komik 'Misi Integriti: Perang Rasuah Bermula' semai kesedaran rasuah

Komik ‘Misi Integriti: Perang Rasuah Bermula’ semai kesedaran rasuah

HASLINDA Jama'in (kanan) dan Nur Maisarah Syahirah Zainal Abidin (kiri) menunjukkan karya kerjasama mereka bersama SPRM iaitu Komik 'Misi Integriti: Perang Rasuah Bermula'
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Komik bertajuk ‘Misi Integriti: Perang Rasuah Bermula’ dihasilkan dua pensyarah Politeknik Kuching Sarawak menyemai nilai integriti serta kesedaran antirasuah.

Komik itu dihasilkan oleh pensyarah Pendidikan Pengajian Tinggi Haslinda Jama’in dan Nur Maisarah Syahirah Zainal Abidin.

Penerbitan komik itu turut mendapat kerjasama Bahagian Pendidikan Masyarakat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

SPRM dalam kenyataan, hari ini berkata, karya itu akan dijadikan bahan rujukan tambahan bagi Kursus Integriti dan Antirasuah (KIAR) yang dilaksanakan di institusi pengajian tinggi di seluruh negara.

Menurutnya, kerajaan bersetuju menjadikan modul Kursus KIAR sebagai mata pelajaran wajib, di semua institusi pendidikan serta latihan teknikal dan vokasional (TVET) seluruh negara, tahun lalu.

“Proses penulisan dan penyediaan komik itu dijalankan mulai pertengahan Jun hingga awal September lalu sebelum melalui proses semakan dan kelulusan rasmi, manakala penerbitannya mendapat kelulusan daripada Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

“Komik “Misi Integriti: Perang Rasuah Bermula” boleh diperoleh melalui Politeknik Kuching Sarawak,”katanya.
Ujarnya, penerbitan itu antara usaha kreatif dalam menyemai nilai integriti serta kesedaran antirasuah dalam kalangan pelajar melalui pendekatan pembelajaran yang menarik dan mudah difahami. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×