ZOPFAN gagal kekal neutral, terperangkap dua kuasa besar

ZOPFAN gagal kekal neutral, terperangkap dua kuasa besar

Azmi Hassan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Konsep Zone of Peace, Freedom and Neutrality (ZOPFAN) yang diperkenalkan lebih lima dekad lalu dilihat gagal mengekalkan prinsip asalnya, iaitu menjadikan Asia Tenggara kawasan bebas daripada pengaruh kuasa besar dunia.

Pakar hubungan antarabangsa, Azmi Hassan berkata, kegagalan itu berpunca daripada perubahan dinamik geopolitik serantau serta peningkatan persaingan antara Amerika Syarikat dan China, sekali gus menekan negara anggota ASEAN untuk memilih pihak.

“ZOPFAN pada asalnya berfungsi dengan baik dalam tiga dekad pertama kerana rantau ini bebas daripada konflik bersenjata dan campur tangan asing secara langsung. Namun kini, situasi yang berlaku di Laut China Selatan jelas menunjukkan ASEAN gagal mengekalkan pendirian neutral.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Bukan itu sahaja, kalau kita dapat lihat, beberapa negara seperti Filipina dan Vietnam lebih condong kepada Amerika Syarikat, manakala Kemboja dan Laos dilihat lebih rapat dengan China.

“Situasi ini menyebabkan ASEAN sukar mencapai konsensus terhadap Code of Conduct (Tata Cara Laku Laut China Selatan),” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Zone of Peace, Freedom and Neutrality (ZOPFAN) adalah sebuah konsep dan deklarasi yang diumumkan oleh negara-negara anggota ASEAN pada tahun 1971 di Kuala Lumpur. ZOPFAN ditubuhkan bertujuan menjadikan Asia Tenggara sebagai wilayah yang bebas daripada campur tangan kuasa besar, khususnya dalam konteks Perang Dingin.

Mengulas lanjut, Azmi berkata, walaupun Deklarasi Kuala Lumpur yang dibentangkan pada Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 menegaskan keperluan mengekalkan sikap berkecuali, tekanan politik dan ekonomi daripada dua kuasa besar terlalu kuat untuk diimbangi.

“Amerika Syarikat menggunakan strategi sekatan dan tarif bagi mengawal ekonomi serantau, manakala China memperkukuh pengaruh melalui pelaburan dan projek infrastruktur seperti Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI). ASEAN tersepit di antara kedua-duanya.

“Selagi negara anggota ASEAN mengutamakan kepentingan nasional, ZOPFAN akan kekal sebagai idealisme sejarah, bukan realiti geopolitik,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini