Bunuh, bakar kekasih hamil, tertuduh mengaku bersalah

Bunuh, bakar kekasih hamil, tertuduh mengaku bersalah

MUHAMMAD NOR (kanan) dan anggota polis yang membawa eksibit kes dari mahkamah itu, hari ini. -FOTO/ ISKANDAR SHAH MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Seorang pemuda mengaku bersalah di Mahkamah Tinggi di sini hari ini atas pertuduhan membunuh dan membakar kekasihnya yang sedang hamil dua tahun lalu di Sabak Bernam.

Tertuduh, Muhammad Fakrul Aiman Sajali, 22, membuat pengakuan tanpa syarat selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Norliza Othman.

Dia turut mengakui semua fakta kes serta lebih 100 eksibit yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Nurul Ashiqin Zulkifli, manakala tertuduh diwakili peguam Muhammad Nor Tamrin.

Hakim Norliza menetapkan keputusan hukuman terhadap tertuduh akan diumumkan kira-kira pukul 2.30 petang ini.

Mengikut pertuduhan, Muhammad Fakrul Aiman didakwa membunuh seorang wanita berusia 21 tahun di Jalan Sungai Limau, Sungai Besar, antara pukul 8.30 malam pada 22 Mei hingga 8 pagi, 23 Mei 2023.

Dia didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati jika sabit kesalahan.

Sebelum ini, Kosmo! dan Utusan Malaysia melaporkan tertuduh bertindak kejam membunuh serta membakar teman wanitanya selepas berlaku pertengkaran berkaitan kehamilan luar nikah mangsa.

Mangsa, seorang pelayan restoran hamil empat bulan, dipercayai dibunuh sebelum mayatnya dibakar di kawasan kebun selepas suspek membeli petrol di sebuah stesen minyak berhampiran.

Polis menemui mayat wanita itu kira-kira pukul 8.15 pagi selepas menerima maklumat daripada orang awam. – UTUSAN 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×