Bedah siasat pelajar perempuan selesai, mayat dituntut keluarga

Bedah siasat pelajar perempuan selesai, mayat dituntut keluarga

terkini
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bedah siasat  pelajar perempuan berusia 16 tahun yang maut akibat ditikam dalam kejadian di sebuah sekolah menengah di Bandar Utama di sini, semalam telah selesai dijalankan.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shamsudin Mamat berkata, mayat telah dituntut keluarga mangsa pada pukul 7.30 pagi tadi di Unit Patologi Forensik, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

“Proses bedah siasat telah siap pada pukul 10.30 malam dan mayat dituntut keluarga pukul 7.30 pagi tadi,” katanya.

Shamsudin berkata, reman terhadap suspek yang juga pelajar lelaki berusia 14 tahun juga selesai dilakukan.

“Remaja berkenaan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya untuk siasatan,” katanya.

Sementara itu, perkembangan terkini berkenaan kes akan dimaklumkan oleh Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar dalam sidang akhbar khas yang dijadualkan berlangsung pada pukul 11.30 pagi ini. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×