NTIS cetus kejayaan 180 projek dron, kesihatan digital dan pertanian pintar

NTIS cetus kejayaan 180 projek dron, kesihatan digital dan pertanian pintar

CHANG Lih Kang (tengah) menyaksikan penyerahan fail memorandum persefahaman antara UMK dan rakan strategik selepas merasmikan Penutup Festival Idea 2025 Peringkat Negeri Kelantan di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Kampus Bachok, Kelantan. - UTUSAN/TOREK SULONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BACHOK: Lebih 180 projek teknologi tempatan melibatkan bidang dron, kesihatan digital dan pertanian pintar dihasilkan menerusi Program Sandbox Teknologi dan Inovasi Negara (NTIS) 

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Chang Lih Kang berkata, NTIS  membolehkan inovasi tempatan diuji dan dikomersialkan dengan sokongan kewangan, fasilitasi regulatori dan bimbingan teknikal.

Katanya, pelbagai inisiatif dijalankan  yang menjadi penghubung antara penyelidikan di makmal dengan pasaran sebenar.

“Pendekatan ini menjadi teras kepada Dasar Sains, Teknologi dan Inovasi Negara (DSTIN) bagi membawa negara ke arah negara berteknologi tinggi menjelang 2030.

“Kementerian juga komited ke arah melahirkan generasi bakat masa depan melalui pelbagai program pembangunan modal insan selaras keperluan ada aspirasi negara,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Penutup Festival Idea 2025 Peringkat Negeri Kelantan di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Kampus Bachok, di sini hari ini.

Lih Kang berkata, antara fokus utama projek teknologi di bawah NTIS adalah penganjuran Malaysia Techlympics dan Minggu Sains Negara yang berlangsung sepanjang tahun bertujuan memupuk minat terhadap Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) dalam kalangan murid sekolah rendah dan menengah. – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×