TH salur dana RM3.8 juta bantu usahawan mikro

TH salur dana RM3.8 juta bantu usahawan mikro

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sebanyak RM3.8 juta sumbangan disalurkan Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) kepada Sadaqa House, platform kewangan milik Bank Islam Malaysia Berhad (Bank Islam) bagi membantu 1,000 usahawan mikro.

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji, Mustakim Mohamad berkata, sumbangan tersebut merupakan tambahan kepada dana awal berjumlah RM6.5 juta, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak RM10.3 juta disumbangkan sejak tahun 2020. 

Katanya, sumbangan tersebut sekaligus menyokong pelaksanaan Program Pembangunan Keusahawanan iTEKAD, yang mencatat pembiayaan lebih RM12 juta hasil daripada kesan putaran (revolving effect), sekali gus dapat memberi kesan berganda kepada kelangsungan perniagaan usahawan mikro.

“Sumbangan ini dimanfaatkan dalam pelbagai bentuk seperti pembiayaan mikro tanpa keuntungan berkonsepkan qardhul hasan, geran perniagaan untuk asnaf, serta latihan dan bimbingan keusahawanan yang berterusan.

“inisiatif ini sejajar dengan aspirasi Tabung Haji sebagai institusi Islam yang bukan sahaja mengurus simpanan dan ibadat haji, tetapi turut memperkukuh kedudukan kewangan umat Islam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mustakim berkata, dana sumbangan itu juga dimanfaatkan dalam pelbagai bentuk termasuk pembiayaan mikro tanpa keuntungan berkonsepkan qardhul hasan, geran perniagaan untuk usahawan mikro asnaf, pembiayaan kos latihan keusahawanan, bimbingan perniagaan serta kajian bagi meningkatkan keberkesanan program iTEKAD. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×