Kibar bendera Israel di Sungai Kelantan, penganjur akan didakwa

Kibar bendera Israel di Sungai Kelantan, penganjur akan didakwa

MOHD.Yusoff Mamat.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Kertas siasatan berhubung pengibaran bendera Israel semasa gimik lakonan semula kekejaman rejim Zionis terhadap misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) di Sungai Kelantan, Jumaat lalu akan kepada pihak pendakwa raya dalam terdekat.

Ketua Polis negeri Datuk Mohd. Yusoff Mamat berkata, ia bagi membolehkan proses pendakwaan dilakukan di mahkamah.

Katanya, ketika ini kertas siasat berkaitan kes tersebut sudah 80 peratus siap.

“Semalam kita telah merakam percakapan pihak penganjur hampir tiga jam. Penganjur mengaku bersalah di atas tindakan tersebut

“Hari ini, kita akan rakam lima lagi saksi yang merupakan pelakon dalam persembahan tersebut,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Mohd. Yusoff memberitahu, tindakan mengibarkan sebarang lambang kebangsaan tanpa kelulusan seperti bendera Israel menjadi kesalahan mengikut Seksyen 3(1) Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949.

Utusan Malaysia semalam melaporkan, polis sudah mengambil keterangan pihak penganjur berhubung tindakan sebuah bot mengibarkan bendera Israel semasa gimik lakonan semula kekejaman rejim Zionis terhadap misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) sempena program 500 Pelayaran Solidariti Kelantan Untuk Gaza di Sungai Kelantan.

Terdahulu, satu rakaman video di aplikasi Tiktok yang memaparkan sebuah bot mengibarkan bendera Israel semasa program 500 Pelayaran Solidariti Kelantan Untuk Gaza pada Jumaat lalu di Sungai Kelantan sehingga mencetuskan rasa kurang senang dalam kalangan masyarakat di negara ini.

Pengarah Program, Mohd. Khairul Hafiz tampil menjelaskan tindakan sebuah bot mengibarkan bendera Israel semasa program 500 Pelayaran Solidariti Kelantan Untuk Gaza pada Jumaat lalu di Sungai Kelantan hanyalah gimik lakonan semula kekejaman rejim Zionis terhadap misi kemanusiaan GSF.

Mohd. Khairul Hafiz turut menyatakan kesediaan memberikan kerjasama untuk disiasat mengenai kejadian itu.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×