Lapor segera penularan virus influenza 

Lapor segera penularan virus influenza 

DR. MOHTAR PUNGUT
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) menggesa institusi pendidikan agar melaporkan sebarang penularan virus influenza kepada Pejabat Kesihatan Daerah agar tindakan pencegahan sewajarnya dapat diambil dengan segera.

Pengarahnya, Dr. Mohtar Pungut sehubungan itu berkata, golongan dewasa perlu peka dengan sebarang simptom atau gejala yang mungkin ditunjukkan anak-anak jagaan mereka.

“Influenza ini sebenarnya penyakit biasa, tetapi sekiranya ada bergejala seperti demam dan selsema, segeralah dapatkan rawatan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sekiranya ia melibatkan sebarang institusi seperti sekolah dan lain-lain, mereka perlu buat laporkan segera kepada Pejabat Kesihatan Daerah terdekat untuk kita ambil tindakan kawalan segera, katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Sambutan Hari Kesihatan Mental Sedunia 2025 dan Perasmian Mentari Johor Bahru di UTC Johor Bahru, di sini hari ini. Turut hadir, Ketua Jabatan Psikiatri dan Kesihatan Mental Hospital Sultanah Aminah, Dr. Marina Abd. Rahman Sabri.

Sabtu lalu, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor, Ling Tian Soon memberitahu keadaan virus influenza di negeri ini terkawal dengan hanya sembilan kluster dikesan sejak wabak itu dilaporkan merebak di seluruh negara.

Beliau dilaporkan memberitahu, hanya sebuah kelas iaitu Kelas Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) di Sekolah KebangsaanTaman Permas Jaya 2 ditutup sehingga 17 Oktober depan sebagai langkah pencegahan.

Semalam, Ketua Pengarah Pendidikan, Dr. Mohd. Azam Ahmad memberitahu seramai kira-kira 6,000 pelajar sekolah di seluruh negara dikesan dijangkiti influenza sekali gus mendorong beberapa sekolah ditutup sementara. – UTUSAN 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini