RM21.2 billion tingkat aset, kawalan sempadan dan ancaman siber

RM21.2 billion tingkat aset, kawalan sempadan dan ancaman siber

SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan menggunakan peruntukan RM21.2 bilion secara menyeluruh bagi memperkukuh kesiapsiagaan keselamatan negara termasuk pemantapan aset, peningkatan kawalan sempadan serta keupayaan menghadapi ancaman siber dan jenayah digital.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, peningkatan peruntukan dalam Belanjawan 2026 berbanding RM19.5 bilion tahun sebelumnya, mencerminkan pengiktirafan besar kerajaan terhadap peranan penting KDN dalam memastikan keselamatan, ketenteraman dan kesejahteraan rakyat terus terjamin.

“Peningkatan peruntukan ini bukan sekadar angka, tetapi bukti keyakinan dan kepercayaan kerajaan terhadap KDN dalam melaksanakan tanggungjawab menjaga keselamatan dalam negeri, memperkukuh sempadan serta memastikan kesejahteraan rakyat kekal terpelihara.

“Peruntukan berkenaan akan dimanfaatkan untuk menaik taraf kemudahan pasukan beruniform, meningkatkan keupayaan operasi agensi di bawah KDN.

“Kita akan memperkasakan infrastruktur dan teknologi keselamatan untuk berdepan cabaran keselamatan baharu, termasuk ancaman siber dan jenayah digital yang semakin kompleks,” katanya dalam kenyataan.

Katanya, kebajikan anggota beruniform turut menjadi keutamaan melalui peruntukan khas bagi penambahbaikan kemudahan, peralatan serta aspek kebajikan anggota di lapangan.

Jelasnya, kerajaan membuktikan komitmen bahawa hasil reformasi dan pembaharuan kini benar-benar kembali kepada rakyat. 

“Belanjawan Madani Keempat bukan hanya sebuah dokumen kewangan tetapi simbol bagaimana hasil reformasi ini diterjemahkan dalam bentuk kesejahteraan dan keselamatan rakyat,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×